Visitor

Khamis, 23 Oktober 2014

Saya ingin Kongsikan Bersama Anda > apa itu "CCRIS" & "CTOS"

ASSALAMUALAIKUM wbt ... 

SALAM PENUH KECERIAAN...

   ^^) Nikmat Tuhan...untuk diSyukuri...Alhamdulillah 


APA ITU "CCRIS" ?  

"CCRIS ?? " => "CCRIS"  dan  "BIRO KREDIT"

Biro Kredit di Malaysia ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958 dan telah beroperasi sejak tahun 1982. Biro Kredit Bank Negara Malaysia, seperti biro kredit lain di seluruh dunia, pada amnya mengumpul maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan dan menyalurkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan berkenaan dalam bentuk laporan kredit melalui sistem yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference Information System, CCRIS).

Kegunaan Laporan Kredit   "CCRIS"
Laporan kredit CCRIS digunakan oleh institusi kewangan untuk mendapat maklumat maklumat kredit pelanggan untuk membantu institusi kewangan menilai dan membuat keputusan berkenaan permohonan kredit.

Mengenai Laporan Kredit
Laporan Kredit mengandungi maklumat kredit peminjam yang berikut:
·         1. Kredit Belum Jelas
·         2. Akaun Di bawah Pemerhatian Khas
·         3. Permohonan untuk Kredit


Siapa Yang Boleh Memohon Laporan Kredit

· (1) Institusi kewangan, apabila terdapat permohonan kemudahan kredit
· (2) Mana-mana individu, untuk mendapatkan laporan kreditnya sendiri &
· (3) Mana-mana syarikat, untuk mendapatkan laporan kreditnya sendiri

**Untuk memohon laporan kredit sila rujuk kepada laman web biro kredit BNM**


APA ITU "CTOS" ?

Periksa Status  "CTOS"

"CTOS" nama singkatan untuk "Credit Tip Off Service"

"CTOS" merupakan sumber rujukan untuk institusi kewangan setiap kali menerima permohonan bantuan kewangan daripada individu ataupun syarikat.

 Jadi, setiap kali seseorang membuat permohonan pinjaman, kad kredit, hire purchase dan sebagainya, besar kemungkinan institusi kewangan akan dapat maklumat mengenai kewangan pemohon dahulu sebelum meluluskan permohonan tersebut.

"CTOS" tidak memberi pandangan atau nasihat kepada pihak peminjam mengenai mana-mana peminjam. "CTOS" hanya memberi maklumat seperti seperti track record pembayaran hutang-hutang oleh pemohon. Pihak peminjam akan menggunakan maklumat ini untuk menilai sama ada untuk meluluskan permohonan tersebut.

Adakah "CTOS" sama dengan "Blacklist" ?

Dalam konteks pinjaman, apabila seseorang dalam status blacklist atau disenarai-hitamkan, maka permohonan bantuan kewangannya tidak akan diluluskan oleh mana-mana bank. Berdasarkan pandangan umum, CTOS sama dengan blacklist. Namun, sebenarnya "CTOS" dan "status blacklist" tidak sama ~ walaupun ada kaitan.

"CTOS" hanya pemberi maklumat. Pihak peminjam seperti bank yang membuat keputusan untuk memberi pinjaman.  
Kriteria yang digunakan lebih kurang sama antara semua

bank. Maka apabila maklumat daripada "CTOS" kurang 

cantik menyebabkan pemohon gagal mendapat pinjaman

daripada Bank A (contoh), maka besar kemungkinan

pemohon tersebut akan gagal juga mendapat pinjaman

daripada bank-bank lain kerana mereka juga

menggunakan maklumat yang sama

daripada "CTOS" untuk membuat keputusan

Jadi tidak hairan ramai yang anggap "CTOS" sama

dengan "blacklist"

Periksa rekod "CTOS"

Maklumat lebih lanjut mengenai "CTOS" dan cara untuk periksa rekod "CTOS" boleh didapati di laman web utama mereka:  

www.ctos.com.my


     "Fadilah Ibrahim"

 011.3255 3571

~ SEMOGA BERMANFAAT ~

Tiada ulasan: